Friday, May 3, 2013
Kebaikan Mandi Sebelum Subuh
Ramai di kalangan kita yang mengalami kesukaran untuk bangun awal pagi dan mendirikan solat Subuh di awal waktu.
Masalah
ini terjadi atas beberapa sebab, antaranya ia telah menjadi tabiat, tidur lewat
dan perasaan malas untuk bangun waktu subuh.
Penulis harap selepas anda membaca artikel ini anda akan bangun awal untuk
mandi sebelum subuh dan jangan lupa untuk solat subuh sekali..
Kebaikan Mandi Sebelum Subuh
Mandi awal pagi bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan
manfaat untuk tubuh badan. Malah mandi awal pagi iaitu sebelum solat Subuh
merupakan antara amalan Rasululah SAW. Antara manfaat mandi awal pagi ialah:
- Melancarkan peredaran darah
Jika peredaran darah lancar maka tubuh akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. - Kulit lebih lembut dan halus
Mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan lingkaran gelap bawah mata. Kuku juga akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pula menjadi lebih lembut dan halus. - Meningkatkan kesuburan
Tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila mandi pada waktu pagi. Justeru, dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita. - Mengurangkan risiko darah tinggi
Insyaallah jika diamalkan selalu, risiko untuk mendapat penyakit ini akan berkurangan. Jangan lupa diiringi doa juga. - Mengurangkan tekanan serta tenang
Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik untuk menghilangkannya. - Meningkatkan sel darah putih
Mandi dengan air sejuk akan meningkatkan sel darah putih. Apabila sel darah putih banyak maka daya tahan tubuh terhadap penyakit pun meningkat.
p/s: Jom ikut sunnah…
Seksaan Bagi Orang-Orang Yang Meninggalkan Solat
Cuba kita sentuh jari kita dekat api kat dunia ni , aduh! panas bukan? walaupun hanya sesaat kita menyentuh api kat dunia ni dah tak tahan panasnya, tidak lagi dibakar! itu api kat dunia, tidak lagi api kat neraka! aduh! azabnya tidak boleh kita gambarkan! api neraka lagi berganda panasnya dan menyambar orang yang ingkar arahan Allah termasuk meninggalkan solat.
Kita sedar semua ini tetapi kita
buat-buat tidak peduli. kita abaikan. “ahh..takpe.. umur masih panjang. nanti
dah tua baru solat!” astrafirullah hal Azim.. ungkapan seperi ini sangat tidak
patut! ingat lah wahai kawan-kawan, ajal tidak mengira tua atau muda. daun yang hijau muda lagikan boleh gugur!
Orang yang tidak sembahyang akan
diseksa dengan 15 seksa; 6 daripadanya akan diterima di dunia, 3 seksa tatkala
hendak mati, 3 seksa lagi ketika berada di alam kubur dan 3 seksa lagi di hari kiamat:
Seksaan
Bagi Orang-Orang Yang Meninggalkan Solat
6 seksa semasa hidup di dunia:
1. Ditinggalkan berkat pada umurnya.
2. Allah akan menghapuskan tanda-tanda orang salih daripada mukanya.
3. Tiap-tiap amal yang dikerjakan
tiada diberikan pahala kepadanya.
4. Segala doanya tiada diperkenankan
oleh Allah.
6. Tidak ada baginya bahagian
daripada doa orang-orang salih.
3 seksa tatkala hendak mati:
1. Dia mati dalam kehinaan.
2. Mati dalam keadaan yang sangat
lapar.
3. Mati dalam keadaan yang sangat
haus, sehinggakan jika dituangkan kepadanya sekelian air laut
di dunia ini, dia
tetap merasa tidak puas
3 seksa ketika di alam kubur:
1. Disempitkan kuburnya.
2. Dinyalakan api, di mana dia akan
membalik-balikkan dirinya didalam bara api itu.
3. Allah mngerahkan ular yang paling
besar untuk menyebat mayat itu, yang mana dinamakan ular
itu ‘SHAJKUL AKRAK’
dan ular itu akan berkata, Sesungguhnya aku telah disuruh oleh Tuhanku
untuk
memukul engkau dari Subuh hingga ke Zuhur, dipukul pula hingga ke Asar dengan
sebab
engkau sia-siakan waktu Zuhur. Begitulah seterusnya tiap-tiap hari dan malam sehingga hari
kiamat.
3 seksa di hari kiamat:
1. Allah memerintahkan malaikat azab agar menghela orang yang tidak sembahyang
itu ke dalam
neraka.
2. Allah menilik pada orang yang
tidak sembahyang itu dengan tilikan yang murka.
3. Allah akan mengira orang yang
tidak sembahyang itu dengan kiraannya yang paling berat dan
terus disumbatkan
ke dalam nerakasebagaimana firman Allah yang bermaksud, “Apa yang
membawa kamu
ke neraka?
” Mereka menjawab, “Kami , tidak
sembahyang.”
Subscribe to:
Posts (Atom)


