1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit
Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja
Anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu
kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita
kena cut connection feeling kita dengan emosi
yang lalu.
Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi
kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda, cita-cita
Anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan.
Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan
step by step dengan mengalihkan perhatian Anda kepada perkara lain. Proses ini
mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.
2. Buang Sikap Risau.
Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik,
masalah dan musibah tanpa Anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan
Anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat Anda selalu menjadi sedih dan
kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar
untuk bertenang dan latih diri Anda mengawal
3. Belajar Rajin Bersyukur.
Ucap syukur atas kesemua yang Anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur
kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik
nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahpun
sudah berada di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat yang memahami Anda dan Anda
mempunya hanphone kesayangan Anda. Ucap syukur seikhlas hati,
sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh
ke dalam diri Anda. Buat banyak kali dalam sehari.
4. Belajar Menjadi Pemaaf
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi
negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak
puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutrakan gekombang fikiran
negatif yang melekat bersarang di minda Anda.
Ketahuilah, Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana Anda tak memaafkan
kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang
lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun… Anda susah menerima hakikat
perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang membuat Anda sedih, kecewa
dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu
menarik ketenangan datang pada diri Anda.
5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan
Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu,
dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam
setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat
menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan Anda boleh ketawa?
6. Ubah Fikiran
Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan
murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan
tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari
sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada
Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.
Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan
jangka masa panjang. Rezeki Anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri
pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda mahukan.
Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik?
Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum
alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum
Law Of Attraction.
7. Hati Mesti ‘Keras’
Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi,
pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah
menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan,
tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu.
Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan
kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak sedar.
Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua
orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.
Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya.
Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.
Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk
Anda.
Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh
baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.
8. Jangan lupa ALLAH
Ini yang paling penting, perbanyakkan membaca qur’an dan sentiasa memikirkan
sesuatu yang terjadi pasti ada hikmah di sebaliknya.